Saturday, December 27, 2008

Liau Darling Little Babes - Pt. 5

Masih ingat lagi tentang jerat burung kungkurang tu? Nah kah sia kasi sambng

Pada keesokan harinya awal-awal pagi lagi aku dan Babuku yang hampir sebaya dengan ku itu bergegas kesungai untuk melihat jerat yang telah kami pasang petang kemarin. Memang kami telah dapat beberapa ekor burung yang kakinya tersangkut pada benang yang telah kami letak dimulut lubang sarang di tebing sungai itu.
Walaupun aku ingin menyimpan burung-burung tadi tetapi Babu telah melepaskannya kerana takut kena marah oleh d'ado jika dia tahu kami telah menjerat burung. Kami pun terus mandi dan menbawa air dalam tangga pulang ke rumah.

Pagi itu cuaca terang-benderang. Burung-burung berkicau-kicau dan kumbang 'cicada' berngiang-niang menandakan hari panas. Sambil menyikut tekiding aku dan seorang lagi babuku (semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga) turun kesawah bersama-sama orang-orang kampong untuk mengetam padi.
Adalah menjadi tradisi orang-orang kampong menuai padi secara bergotong royong dipanggil 'mitabang/mitatabang' . Suasananya adalah seperti satu pesta dimana muda mudi akan bersama-sama menuai sambil bernyanyi dan berbalas pantun.
Aku dan babuku yang hampir sebaya itu pula asyik berlari kesana sini menangkap kumbang yang bersayap keras dan berwarna warni itu. Sayap kumbang tadi kami tanggalkan daripada badannya lalu kami selitkan di seraong menjadikan seraong (topi) kami istimewa kerana ada warna berkilau-kilau, sayap kumbang tadi. Waktu itu tidak terfikir pula kasihankan kumbang-kumbang itu mati dek di ambil sayapnya. Setiap orang akan membawa bekal berupa nasi yang dibungkus didalam daun pisang ataupun daun ‘tarap’.
Tarap ialah sejenis pokok yang berdaun lebar dan mempunyai buah berbentuk bulat sebesar kepala budak. Isinya berwarna putih berbentuk seperti cempedak dan rasanya manis.

Wednesday, December 24, 2008

Liau - Darling Little Babes - Pt. 4

Sampai dirumah kami menyandarkan tangga yang berisi air tadi di tepi dinding ruang dapur agar airnya tidak tumpah. Kami pun memasak nasi dicampur dengan sedikit ubi manis. Ubi manis ini ada beberapa jenis, ada yang berwarna kuning, putih dan unggu. Kulit luarnya pula ada yang berwarna kuning lembut dan ada yang merah keunggu-ungguan. Nasi panas yang bercampur keledek dimakan dengan ikan bakar dengan sayur-sayuran yang baru dipetik dikebun walaupun sederhana tetapi lazat dan berkhasiat. Kami memasak menggunakan ranting-ranting kayu yang dinyalakan diatas dapur yang diperbuat daripada tanah liat berbentuk segi empat memanjang (ractangle) dan diletak di atas lantai. Sambil memasak itu kami pun berbual-bual dalam kesamaran lampu pelita minyak tanah. Selesai mamasak kami makan diatas lantai dihadapan tungku itu juga.
Rumah nenek tidak ada perabot kecuali tilam, bantal, kelambu dan tikar mengkuang dan tikar rotan yang dipanggil ‘lampit’.

Selesai makan kami akan berkumpul di ruang tengah rumah. Ruang tengah rumah ini dihubungi dengan sebuah lorong seakan-akan jambatan dengan ruang dapur manakala ditepi sebelah kanan terdapat sebuah ruang memanjang seakan-akan balai tempat orang yang datang bertandang berkumpul dan berbual-bual atau menjalankan urusan-urusan perniagaan. Di tepi dinding mengelilingi sepanjang ruang ini tersusun barang-barang tembaga seperti gong, sumbul, kulintangan, talam, cerek, selapa dan lain-lain lagi. Atuk atau Aki belah mak selain bertani dan berternak lembu, kerbau, kambing dan kuda, juga berniaga barangan tembaga yang dibeli daripada Brunei. Barangan tembaga ini menjadi symbol kekayaan pada zaman itu. Menurut kata emak, dahulu kala orang-orang besar kulit putih (penjajah kulit putih) yang datang kerumah mereka akan dihidangkan dengan makanan di dalam talam tembaga yang mempunyai kaki ini. Sebahagian daripada bahan-bahan tembaga ini masih lagi dalam simpanan kami.

Kami akan berehat dan tidur di ruang tengah rumah. Tempat tidur terletak ditepi dinding dibuat daripada lantai yang ditinggikan sedikit. Tidak terdapat bilek kecuali setiap orang mempunyai tilam dan bantal sendiri yang dibuat daripada kapok atau kekabu serta kelambu masing-masing. Sebelum tidur nenek kadangkala akan bercerita tentang kisah-kisah lama atau dongengan dipanggil ‘tangon’ atau ‘rundait’ dalam bahasa asal nenek didalam samara-samar lampu pelita minyak tanah. Masa itu tidak ada radio dan jauh sekali peti television atau peti sejuk. Malahan letrik pun tidak ada. Kami sangat suka mendengar cerita-ceritanya yang kadangkala mengisahkan puteri-puteri daripada kayangan, binatang dan pokok-pokok yang boleh berkomunikasi dengan manusia. Malangnya cerita-cerita ini saya sudah tidak ingat lagi.

Monday, December 22, 2008

Liau - Darling Little Babes - Pt. 3



TERIM GAJI


Setiap hujung bulan bapa ditemani oleh mama akan pergi ke Bandau untuk mengambil gajinya. Mereka berdua akan berbasikal dan menaiki rakit bila tiba di Sungai Rakit, kerana disungai ini tiada jambatan sebagai penghubung antara Tandek dan Bandau. Bandau ini adalah lebih kurang 7 batu jauhnya daripada Tandek. Mereka akan bertolak awal-awal pagi dan kembali pada sebelah petang.

Kami dua beradik waktu itu akan ditinggalkan dirumah nenek Ado’ Uriyim di Kampung Tingkalanon. Kami seronok tinggal di rumah nenek kerana kami berkesempatan mandi di sungai berdekatan. Air sungai ini sejuk dan dalam serta jernih airnya bukan macam sekarang cetek dan kabut. Terdapat banyak jenis ikan seperti lontong, pangal turongou dan udang galah. Sekiranya musim air pasang, terdapat juga ikan kembura yang mengikuti arus air naik kedarat.

Pernah suatu petang aku mengikuti babuku ini mengambil air di sungai. Tibanya kami disungai, babuku pula bukannya mengisi tangga’ (bamboo yang ditebuk sebagai tempat mengangkat air) tetapi dia meletakkan benang dilubang burung ‘kungkurang’ yang membuat sarang ditebing sungai. Sarang burung ‘kungkurang’ ini merupakan lubang ditebing sungai sebesar lengan budak dan dalamnya aku pun ndaklah tahu sebab ndak pernah menyeluk lubang kerana lubang itu tidak dapat memuatkan tangan kami.

Selesai memasang jerat kamipun mandi sepuas-puasnya. Sudah puas mandi manda barulah kami mengisi ‘tangga’ dengan air untuk di bawa pulang. – Apakah terjadi dengan jerat kami tunggu di episod akan datang.

Wednesday, December 17, 2008

Liau - Darling Little Babes - Pt.2

Kita sambung cerita ..........



Pernah terjadi suatu pagi babuku sikit lagi lemas disungai dekat rumah di Tandek tu. Adakah patut, sedang kami ramai-ramai mandi di sungai, tiiiibbbbaaaaa-tiiiiba dia belari dari atas tebing terus melumpat terjun kedalam sungai. Waktu itu kan air pasang. Bila pasang air sungai ni telampaulah dalam. Jadi kami mandi disiring-siring saja. Kami pikir dia pandai beranang, tau tau nda pula tu. Apa lagi tecungap-cungap bah dia, sekejap timbul sekejap tenggalam....mau mau anyut .... apa lagi kami beteriak memangil budak-budak sekulah meminta tolong.


Aku konon terus menyuruh kawan-kawan ku pigang tangan aku mau menghulurkan tangan ku sama si babu. Belum sempat pun kami membikin rangkaian bepigang-pigang tangan - ada sudah budak lelaki masuk ke sungai mengambil si babu yang hampir-hampir lemas tu. uiii nasib baik juga budak tu lekas mengambil si babu kalu inda entahlah apa jadi sama si babu...palis palis .....lemas mengkali... hey Nun nasib baik bah ada juga ko he he he.
Sungai memainkan peranan penting sebagai salah satu cara pengangkutan sama ada dengan menggunakan perahu, sampan atau pun berakit selain daripada basikal, kerbau dan kuda.


Ini gambar bapa sama mama di Sungai Rakit diambil pada sekitar tahun 1951. Diaurang mau pigi Bandau sebab bapa terima gaji di Bandau. Dulu-dulu tiada jambatan di Sungai Rakit. Ada urang menjaga rakit - menghantar dan mengambil urang menyeberang sungai.

Liau - Darling Little Babes - Pt, 1


Kelihatan dalam gambar aku bepangku sama bapa semasa berumur dua tahun 3 bulan. Si L bepangku sama mama semasa berumur 11 bulan. Poto ni diambil dalam bulan September 1949. Tengok pakaian mama 'vouge' kan? Kasut dipadan dengan handbag. Blouse dipadan dengan sarung batik. Bapa pun ndak kurang juga. Baju lengan panjang dipadan dengan seluar panjang dengan kasut kulit yang bergaya.
Paling awal aku ingat, kami iaitu aku, bapa sama mama tinggal dirumah putih dekat sekolah. Rumah kami dekat sungai dan di tebing sungai banyak pokok 'porupuk' - sejenis rumput yang batangnya serupa batang jagung. Di pengkalan ada serumpun bambu. Sungai inilah tempat kami mandi dan disinilah juga tempat kami mengambil air untuk bikin minum dan memasak.

Ada banyak kenangan ku disungai ini. Disinilah bapa mengajar aku berenang, mencari 'kabili', 'tuntul' dan menangkap udang dalam bambu yang terdampar. Aku mandi pakai kain sarung di ikat cara 'berkemban'. Kain kemban kami akan gelembungkan supaya kami dapat timbul dan berenang.