Monday, January 5, 2009

Liau - Darling Little Babes - Pt.7

He he he kamurang ingat lagi kah cerita sia (saya) kena ombak di Laut (dekat Pulau Banggi bah itu) Kita sambung lagi keio.

Air laut menyimbah kedalam bot, tiba-tiba aku terdengar perempuan-perempuan berteriak “buang!, buang! Apa kamu bawa tu? Buang” Seingatku, aku tertanya-tanya didalam hati, apakah yang dimaksudkan barang yang hendak dibuang itu. Dalam hati ku berbisik, “Wah! Habislah baju dan peralatan kami kali ini di buang” Ada juga dikalangan mereka bercakap-cakap mengenai ayam. Aku terdengar mereka berkata, “Masukkan di dalam ayam” “Apa pula yang mau di kasi masuk di dalam ayam ni?”

Dengan tiba-tiba juga angin kencang yang menyebabkan ombak besar terjadi membuat bot kami terumbang-ambing itu berhenti. Bagaimana ia datang dengan tiba-tiba tanpa amaran begitu juga dia berhenti. Seolah-olah ada orang memasang suis dan menutup suis.

PUGAI BALABAK
Pada masa ini orang kampong terlalu percayakan perbuatan ilmu guna-guna atau pugai. Pugai ini konon sangat mujarab terutama sekali Pugai Balabak. Sesiapa yang terkena akan terus jatuh hati kepada orang yang mengenakannya. Entahlah Wallahualambissawab. Aku telah bertanya tentang perkara pugai ini kepada kawan-kawan ku di sekolah dan hampir kesemua mereka percaya wujudnya pugai tetapi yang anehnya rata-rata tiada seorang pun diantara mereka yang pernah melihat bagaimana bentuknya pugai ini. Pada perhitungan mereka mendengar tentang ombak besar yang melanda bot kami itu sudah barang tentulah disebabkan ada diantara penumpang bot yang membawa bersama-sama pugai balabak. Kononnya pugai balabak ini tidak boleh dibawa menyeberang laut. Kalau hendak membawanya juga hendaklah dimasukkan kedalam perut ayam.

Kami meneruskan pelayaran ke Bandau dan sampai pada tengahhari dengan selamatnya. Hari itu ialah Tamu Besar Bandau dan kami akan membuat pertunjukan pada sebelah malamnya. Persembahan diadakan di padang di atas pentas yang didirikan khas di tepi padang. Emak telah menghias kami petang itu. Aku telah dimandikan dipakaikan baju baru dan diberi kalung yang diperbuat daripada kain hitam seperti choker dengan buah kalung emas berbentuk bulat leper. Sebenarnya rantai yang dibuat daripada kain hitam ini adalah tangkal. Kononnya tangkal ini akan mengelakkan ku daripada terkena perbuatan orang seperti kehilangan suara semasa menyanyi. Aku pun tidak tahu dimana sudah rantai leher ini, tetapi aku suka memakainya kerana ia memanglah kelihatan cantik dan bagi ku ia hanyalah satu perhiasan sahaja, almaklum aku masih tergolong dalam kategori kanak-kanak. Pada waktu itu aku tidak pun tahu bahawa rantai yang dibuat daripada kain hitam itu tangkal. Yang aku ingat aku disuruh menanggalkan rantai tersebut jika hendak masuk ke tandas.
Aku diberi minum air halia dan disuruh mengunyah bunga chengkeh, kononnya ini akan mengelakkan suaraku menjadi serak. Aku akan menyanyikan sebuah lagu berjudul “Seri Dewi Malam”.

8 comments:

  1. fuiyooo...!!! selama ini aku hanya pernah dengar myth pasal pugai balabak.tapi si aragang ni mengalaminya sendiri hehehe. jangan2 ada juga tempias itu pugai ni tau sama kamurang semua dalam bot itu. aaalalla, ajar dulu kaaaa? eh... aku pernah nampak tu kalung masa aku budak2 tapi aku pun nda tau untuk apa. mama memang dahsyat, kalah davi copperfield, christ angel, david baline... dan sebutlah suma yg kamu nampak di tv tu. semua tu trick sains (illusion) jak. tapi ini depan mata aku sendiri. nantilah aku cerita dlm blog aku hehehe. wah, best cerita mu, rugi yg inda membaca.

    ReplyDelete
  2. He he he aku sudah bikin ba ni cerita - siap sudah - aku kasi masuk sikit-sikit saja disini. Kalu aku publish ko mau beli ka? lol

    ReplyDelete
  3. salam?

    mawar berminat lah mau tau pasal pugai. kalau awk buat kajian sket ttg hal ni.ok juga

    selamat membuat kajian.

    ReplyDelete
  4. aik aku nda pandai pula ba pugai pugai ni - jan main2 tau konon ada peranah tau (he he saudara saya juga boh gia) memakai itu badak si mama. (dia inda tau tu badak urang suruh bikin sama si mama) sampai di kadai, itu tokeh ikut sama dia sampai dirumah. jan main2 kio. bahaya.

    ReplyDelete
  5. haha.. sya tidak pernah tau cemana bentuk atau apa gambaran pugai ni sebenarnya... yg saya tau ialah buli bikin gila urg suka sama pemakainya...

    Ada satu urg tua yg sangat terer pasal ni. Dia kasi titik ja tu minyak atas jalan. Dia bilang siapa yang pertama lalu (perempuan la) akan terus pigi tampat dia. Org ini sedang menunggu tidak jauh mo tingu sepa yg 'kena'.. kebetulan budak sekolah menengah lalu, ada saturang perempuan, bila 'terlanggar' perimiter pugai terus terpusing dia pigi tempat tu lelaki. Sekali tu lelaki tingu tu perempuan anak saudara dia juga terus dia lari... haha...

    apa lagi tu anak saudara kasi 'geremias' tu tempat lelaki menunggu sambil menangis 'kerinduan' inda menahan.... ba ba ba..

    banyak kisah yg saya tau... tapi cerita saja la...

    ReplyDelete
  6. Salam Mawar Berduri - akak x pandailah pugai pugai ni - kak dengar di Semenanjung pun terror juga lebih2 lagi pugai siam. Betul ka?

    ReplyDelete
  7. aiyaya....

    semua keturunan kita ni pandai menyanyi kecuali saya la...

    ReplyDelete