Saturday, January 31, 2009

MAJLIS KENDURI KAHWIN

Pengantin Bajau - Sumber: Blog Mari Pajak (pinjam)

aKU baca blog, tentang kesukaan urang sekarang bekaraoke bila ada kenduri kahwin. "Biarin te asalkan nda bejudi'. Aik ngam kah itu YB? - Yang penting nda nyakitkan telinga. Kasi kurang je itu volume. He he he.


Baru-baru ni aku pigi kenduri kawin saudara laki ku. Ramainya sampai keluar-luar dewan. Satu budaya jomo sama yang aku tengoklah keluarga laki ku, kalu ada kawin kah, meninggal kah mereka masih lagi bergotong royong dan tolong menolong. Semua saudara mara datang berkumpul. "Mangan nyia mangan, asal kurung-kurung."

Mereka bukan saja menolong dengan tenaga, tapi juga dengan harta - sedikit huluran wang bagi yang mampu, ada juga yang bawa beras, gulai - apa2 sajalah.

Teringat pula aku masa aku keci-keci, peranah aku pigi urang kawin, kalu nda silap di Rasak Laut kali tu. Paling aku ingat pengantin perempuannya dikasi duduk dalam kelambu tujuh lapis.
Perempuannya dikasi mekap - ada pula di kasi titik-titik bedak sejuk kali tu di gigi rambut. Sekarang nda ada sudah urang bemekap begini. Nah kalu mau buka tu kelambu 'bekalang' lah iman/jurunikahnya. Kami pula, ramailah perawan-perawan (aku budak lagi) duduk dalam kelambu sama-sama pengantin perempuan. Mak andam suruh kami duduk atas kain kelambu yang terjuntai supaya susah mau buka. He he he kawin pun ada TOL macam jalanraya di KL.
Lepas tu ada 'berunsai' - urang menari bepigang-pigang tangan, tapi kalu perempuan bukan muhrim ada saputangan tempat bepigang. Berunsai ni sampai jauh malam - pengantin pun kena ikut sama 'berunsai'.
Pernah juga aku dengar lantai sampai roboh gara-gara hentakkan kuat semasa menari 'berunsai' . Berunsai ni kan menari bepusing-pusing sambil menyanyi dan hentak-hentak kaki. Laki ku bilang, buli kerasukan konon.
Tapi kalu di Semporna pula, nda 'berunsai' diaurang menari 'daling-daling'. Ada masa nanti aku kongsi pengalaman di Semporna.

4 comments:

  1. ada lagi aragangtandik ... habia kenduri kndara bwa bini pulang deng tilam2 n bantal ( kapuk ) heheheh abg sya kwin wktu sya kecil2 ... sya tukang bwa bantal mereka ...

    ReplyDelete
  2. Wah begitu kah.Bagus adat istiadat orang2 bajau,dusun kimaragang dan lain2 suku kaum di KM/Tandek itu dibukukan supaya tidak hilang ditelan zaman.

    ReplyDelete
  3. kawan aku kawin tahun lepas di kb. bini dia bajau. masi juga ada semua adat yg aragang tandik sebut aku tinguk. memang berlapis2 tu kelambu, pakaian bajau, dan berunsai ada juga. Naik kuda lagi kawsan aku menuju ke rumah pengantin perempuan hehehe.

    ReplyDelete
  4. teringat aku tau masa kicil ikut mama pigi di rumah saudara ada kenduri... sekali dorang berunsai macam mo runtuh tu rumah punya lah aku ketakutan aku teriak suruh dorang berenti... pastu kena rotan la... kakakak...

    ReplyDelete