Wednesday, December 17, 2008

Liau - Darling Little Babes - Pt, 1


Kelihatan dalam gambar aku bepangku sama bapa semasa berumur dua tahun 3 bulan. Si L bepangku sama mama semasa berumur 11 bulan. Poto ni diambil dalam bulan September 1949. Tengok pakaian mama 'vouge' kan? Kasut dipadan dengan handbag. Blouse dipadan dengan sarung batik. Bapa pun ndak kurang juga. Baju lengan panjang dipadan dengan seluar panjang dengan kasut kulit yang bergaya.
Paling awal aku ingat, kami iaitu aku, bapa sama mama tinggal dirumah putih dekat sekolah. Rumah kami dekat sungai dan di tebing sungai banyak pokok 'porupuk' - sejenis rumput yang batangnya serupa batang jagung. Di pengkalan ada serumpun bambu. Sungai inilah tempat kami mandi dan disinilah juga tempat kami mengambil air untuk bikin minum dan memasak.

Ada banyak kenangan ku disungai ini. Disinilah bapa mengajar aku berenang, mencari 'kabili', 'tuntul' dan menangkap udang dalam bambu yang terdampar. Aku mandi pakai kain sarung di ikat cara 'berkemban'. Kain kemban kami akan gelembungkan supaya kami dapat timbul dan berenang.

6 comments:

  1. o... pasti mahal dan sangat berharga gambar itu sekarang kan?

    ReplyDelete
  2. Ia gambar ini bapa bikin pengganti 'kad hariraya'. Dia hantar kepada saudara2nya di Tawau. Aku dapat gambar ini daripada Makchi Muna (mama Kee Alias).

    ReplyDelete
  3. SEBUT PASAL GPS TANDEK, TH LEPAS AKU DAH SIAP BIKIN TESIS/BUKU TTG GPS TANDEK. SEMUA DATA TERMASUK RUMAH ORANG PUTIH TU ADA MASUK. MEMANG MENGHARUKAN BILA KENANG SEJARAH LAMA. AKAK BUKA "SUARA BANGSA" ADA GAMBAR GPS TANDEK DAN K.K PAWAI (PELAJAR AMBILAN PERTAMMA, 1936/7).

    ReplyDelete
  4. Kalu mau cerita pasal bapa buli hubungi kami - Bapa mula mengajar di GPS Tandek pada tahun 1940. Tua Baudi dan Babu Jauna adalah murid bapa dari Tandek yang mula-mula sekali menjadi guru.

    ReplyDelete
  5. Lawa pula Arwah mama tua masa muda. Aku nda sempat tengok dia muda remaja ini. Tapi apa yang sempat kukenal dia, arwah ini awet muda kerana sehingga dia meninggal tidak banyak berubah dari paras rupa dan tubuh. Arwah bapa tua ku tengok mcm iras si Rafiq anak c Din. Al-fatihah, semoga roh keduannya selamat, bahagia dan di bawah kasihsayang Allah SWT. Keduanya adalah insan yang baik hati.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete