Saturday, December 27, 2008

Liau Darling Little Babes - Pt. 5

Masih ingat lagi tentang jerat burung kungkurang tu? Nah kah sia kasi sambng

Pada keesokan harinya awal-awal pagi lagi aku dan Babuku yang hampir sebaya dengan ku itu bergegas kesungai untuk melihat jerat yang telah kami pasang petang kemarin. Memang kami telah dapat beberapa ekor burung yang kakinya tersangkut pada benang yang telah kami letak dimulut lubang sarang di tebing sungai itu.
Walaupun aku ingin menyimpan burung-burung tadi tetapi Babu telah melepaskannya kerana takut kena marah oleh d'ado jika dia tahu kami telah menjerat burung. Kami pun terus mandi dan menbawa air dalam tangga pulang ke rumah.

Pagi itu cuaca terang-benderang. Burung-burung berkicau-kicau dan kumbang 'cicada' berngiang-niang menandakan hari panas. Sambil menyikut tekiding aku dan seorang lagi babuku (semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga) turun kesawah bersama-sama orang-orang kampong untuk mengetam padi.
Adalah menjadi tradisi orang-orang kampong menuai padi secara bergotong royong dipanggil 'mitabang/mitatabang' . Suasananya adalah seperti satu pesta dimana muda mudi akan bersama-sama menuai sambil bernyanyi dan berbalas pantun.
Aku dan babuku yang hampir sebaya itu pula asyik berlari kesana sini menangkap kumbang yang bersayap keras dan berwarna warni itu. Sayap kumbang tadi kami tanggalkan daripada badannya lalu kami selitkan di seraong menjadikan seraong (topi) kami istimewa kerana ada warna berkilau-kilau, sayap kumbang tadi. Waktu itu tidak terfikir pula kasihankan kumbang-kumbang itu mati dek di ambil sayapnya. Setiap orang akan membawa bekal berupa nasi yang dibungkus didalam daun pisang ataupun daun ‘tarap’.
Tarap ialah sejenis pokok yang berdaun lebar dan mempunyai buah berbentuk bulat sebesar kepala budak. Isinya berwarna putih berbentuk seperti cempedak dan rasanya manis.

3 comments:

  1. dulu aku kecil2 selalu tangkap kumbang yang berkilat-kilat tu.tapi aku nda kasi mati.aku ikat ja pakai benang pas tu aku kasi terbang tapi benangnya aku pegang.kalau orang putih lari2 pegang tali anjing aku pula lari2 pegang tali kumbang.yang paling best nampak cahaya warna-warni dari sayap kumbang tu.

    ReplyDelete
  2. kumbang taik ayam owoitu hahaha. aku suka tangkap tonggu'uk yg suka makan padi tu. selalu aku kasi belawan ni tonggu'uk sampai salah satu putus kepala dia. aiyaaa... silap2 dalam kubur jumpa tonggu'uk basar laini mengapil dia balik. oh tidaaakkk...

    ReplyDelete
  3. hemm.... hukum karma...

    aku dulu suka piara katak... asal lepas hujan aku mesti cari berudu simpan dalam tin sampai jadi anak katak (kalau nda mati).

    ReplyDelete