Monday, December 22, 2008

Liau - Darling Little Babes - Pt. 3



TERIM GAJI


Setiap hujung bulan bapa ditemani oleh mama akan pergi ke Bandau untuk mengambil gajinya. Mereka berdua akan berbasikal dan menaiki rakit bila tiba di Sungai Rakit, kerana disungai ini tiada jambatan sebagai penghubung antara Tandek dan Bandau. Bandau ini adalah lebih kurang 7 batu jauhnya daripada Tandek. Mereka akan bertolak awal-awal pagi dan kembali pada sebelah petang.

Kami dua beradik waktu itu akan ditinggalkan dirumah nenek Ado’ Uriyim di Kampung Tingkalanon. Kami seronok tinggal di rumah nenek kerana kami berkesempatan mandi di sungai berdekatan. Air sungai ini sejuk dan dalam serta jernih airnya bukan macam sekarang cetek dan kabut. Terdapat banyak jenis ikan seperti lontong, pangal turongou dan udang galah. Sekiranya musim air pasang, terdapat juga ikan kembura yang mengikuti arus air naik kedarat.

Pernah suatu petang aku mengikuti babuku ini mengambil air di sungai. Tibanya kami disungai, babuku pula bukannya mengisi tangga’ (bamboo yang ditebuk sebagai tempat mengangkat air) tetapi dia meletakkan benang dilubang burung ‘kungkurang’ yang membuat sarang ditebing sungai. Sarang burung ‘kungkurang’ ini merupakan lubang ditebing sungai sebesar lengan budak dan dalamnya aku pun ndaklah tahu sebab ndak pernah menyeluk lubang kerana lubang itu tidak dapat memuatkan tangan kami.

Selesai memasang jerat kamipun mandi sepuas-puasnya. Sudah puas mandi manda barulah kami mengisi ‘tangga’ dengan air untuk di bawa pulang. – Apakah terjadi dengan jerat kami tunggu di episod akan datang.

3 comments:

  1. hehehe... tingkalanon. Uriyim Lungkodon nama dia tu, sudah aku round tanya gima.

    ReplyDelete
  2. inilah yang saya suka baca blog akak ni, banyak cerita dulu2. kami yang muda2 ini sedang usaha dokumentasikan "kisah di kodori". cuma saya syukur kerana masih sempat rasa apa yang akan rasa di hujung2 80-an. siapa lahir tahun 80-an, melepas suda 'IKLIM LAMA TANDEK"...kami sama si aiso sempat "manamol gipan di bowang tandek/tingkalanon".

    ReplyDelete
  3. Apa lagi ada sama urang tua-tua woi Sanguru - kenangan saja ba he he he. Nampaknya ada juga urang suka baca ni blog - ok kalu gitu saya akan usahakan sambung. Kalu ada gambar yang sesuai kasi masuk lah.

    ReplyDelete