Sunday, January 11, 2009

BERNIAGA

he he he - lain pula kali ni - cerita pasal beniaga

Bila aku baca blog si Akibaragon
, teringat pula aku waktu aku kecil dulu......Kami baru balik dari Kudat. Dari Kudat kami naik perahu entah perahu siapa tu si Soon Hock kah Si Ah Leong (bapa si Ah Siong). Tapi naik perahu lah. Sampai di Tandek kami terus pigi kedai si Aki Unggut. Waktu tu si Aki beniaga - yang aku ingat malam sudah ni tapi terang juga lah ada lampu pom.

Waktu tu ramai sangat urang - almaklum insolu. Orang dari merata tempat datang berkumpul di Tandek. (Kampung2 berdekatan saja bah). Insolu ni ialah malam minggu atau malam sebelum tamu (pasar tani). Orang-orang yang datang berkumpul ini adalah peniaga-peniaga kecil-kecilan. Lazimnya pada waktu itu orang-orang Dusun membawa buah-buahan dan sayur-sayuran untuk ditukar-ganti (barter trade) dengan ikan yang dibawa oleh orang-orang Bajau. Pada amnya orang-orang Bajau kebanyakannya menjadi nelayan dan tinggal dipinggir sungai dan pantai manakala orang-orang Dusun menjadi petani dan tinggal di pedalaman.

Banyaklah barang dagangan seperti buah-buah tarap, tampui, puka, belunu, longgom, langsat, wani, mangga dan banyak lagi lah. Sayur-sayur pun banyak seperti ubi manis, ubi kayu, batad, timun, bawang dan lain-lain ada juga menjual sigup dan jagung. Ikan pula ada yang segar dan ada juga yang kering tapi paling aku suka ikan kering dipanggil 'sinalau.' Sinalau ini ialah ikan yang dikeringkan tanpa dibubuh garam. Nelayan biasanya akan mengeringkan ikan-ikan ini semasa di laut lagi untuk mengelakkan ikan menjadi busuk disebabkan pada masa itu tiada 'ais batu'. Ada juga yang menjual kerabau, sapi dan ayam hidup-hidup tau!

Orang-orang ini, terutamanya yang datang dari tanah tinggi (bukit) akan tidur di kaki lima kedai atau dibahagian belakang kedai yang juga menjadi stor tempat menyimpan barang-barang dagangan. Ada juga yang duduk-duduk dibawah pokok dalam gelap - yang kenampakan hanyalah api sigup dan suara mereka berdengung-dengung macam penyangat.

Aku? seperti kebiasaan budak-budak, asyik berlari kesana kesini kerana terlalu seronok. Tiba-tiiiiiiba aku terlanggar orang sedang membawa air panas, apa lagi tumpah bah air panas tu kena leher ku. Aku pun terus menangis kesakitan. Tambah malang lagi, tempat kena tumpah air panas tu di sapu pula dengan garam, adui adui pedihnya. Nasib baik ndak juga melecur bah.

Waktu tu si Nenek(Aki) beniaga salang(damar) yang dibeli daripada urang kampung dan dijual balik pada peraih. Sambil-sambil juga si Nenek berniaga barangan runcit. Yang aku ingatlah banyak pekerjanya malam tu membungkus garam dalam daun yang serupa daun gabang tapi bukan gabang entah daun apa tu. Tapi paling aku suka gula-gula dalam toplis(balang kaca). Bila si Aki berhenti berniaga ni aku pun ndak ingat.

10 comments:

  1. Hai...sistem barter lah baitu kira2.
    Sekarang pun masih diamalkan juga itu.

    ReplyDelete
  2. uuik cepat juga ko balas he he he. Ia bah -yang entah apa siuk kah tidak - masa ini juga kalau ada kes akan dibicarakan depan orang ramai. Bikin kesian ada bikin ketawa pun ada.

    ReplyDelete
  3. Hehee..ngam2 saya sedang masuk2 blog blogger KM ba ni..Siapa ka gerangan o ni.Mana tau saya kenal..atau jangan2 saya ni ko punya sepupuka,anak buah,makcik..TOKOU E TOKOU bilang Sanguru bo.

    ReplyDelete
  4. waaaaa... tamu masa di pekan tandek lama yang paling happening.. dulu masa skul di sk tandek sa selalu curi2 lari pi tamu escape perhimpunan hahahahah....

    ReplyDelete
  5. aiya siapa masih pandai buat tu jeruk ikan dalam botol tu? mama dulu pernah buat la aku suka betul makan itu... tapi sudah lama nda makan lagi... tiada orang pandai :'(

    ReplyDelete
  6. Hi nong kalu saya mungkin ko nda kenal tapi beliou ko mungkin kenal - he he he - tanak oku di sigu Jalil on di Ondium tad ie kowusung.

    ReplyDelete
  7. cherry..TONSOM SADA kah ko maksudkan? susah mau buat tu..misti pakar..kalu ada PANGI lagi sadap tu..

    Teringat pula pasal tamu di tandek dulu2..time tu sia masih budak ingusan..tapi sia ingat juga sikit2..kalu malam ari mingu ramai tu peniaga2 dari kg2 sabalah bukit turun awal..banyak juga sia kanal tu peniaga2..bulih dapat harga murah tu RATU(durian)

    ReplyDelete
  8. wah Illie, ko pandai buat ka tu tonsom sada? wah durian ratu tu paling sedap ooo banyak2 durian.. hehehe.. dulu masa kicil2 kakak sa beli banyak, sa curi satu biji tu ratu makan bawa meja saturang..hahaha

    ReplyDelete
  9. Macam mana mau contact ko?..saya inda tau no hp ko bo..hehe

    ReplyDelete
  10. wah... best ni cerita kamu hehe

    ReplyDelete