Wednesday, February 11, 2009

Bandau 1962 - Pt. I

BANDAU - 1962
Pada awal tahun 1962 bapa telah ditukarkan pula ke GPS Bandau dari Semporna. Arahan daripada Pegawai Pelajaran itu hendaklah dilaksanakan dengan sertamerta. Emak pula baru melahirkan adek kami yang tidak cukup bulan dan telah meninggal dunia. Oleh sebab itu bapa pun meminta tempoh tetapi tidak dibenarkan oleh Pegawai tersebut. Semasa Pemerintahan British ini tiada siapa boleh menyoal. Segala arahan hendaklah dipatuhi tanpa sebarang soal atau alasan. Maka selepas seminggu emak keguguran, mereka pun telah bersedia untuk belayar dari Semporna menuju ke Bandau.

Apabila Cuti Akhir Tahun persekolahan (Waktu ini aku bersekolah di Holy Trinity School Tawau), aku pulang ke Bandau. Ku dapati rumah bapa di Bandau pada waktu itu hanyalah sebuah pondok buruk diperbuat daripada papan yang usang dan beratapkan daun nipah yang didirikan ditebing sungai. Di tepi sebelah kiri terdapat sebuah Surau dan di hadapan seberang jalan terdapat pula sederet kedai papan yang dibina bertiang. Selain itu terdapat juga sebuah Rumah Sakit, Pejabat Daerah dan sebuah Sekolah China.

Dirumah ini hanya terdapat sebuah bilek tidur, dapur dan ruang tamu. Ruang dapur terletak dibahagian belakang berhampiran sungai. Terdapat tangga diantara Ruang Tamu dengan Ruang Dapur kerana Ruang Dapur agak rendah sedikit daripada Ruang Tamu. Kami semua adek beradik dan seorang sepupu iaitu anak kepada kakak emak, yang tinggal bersama bapa tidur diruang tamu manakala adek kecil bersama emak dan bapa tidur di bilek yang satu itu. Bapa tinggal di rumah ini sementara menunggu rumah guru yang sedang dalam pembinaan siap. Walaupun keadaan rumah amat sederhana, kami sekeluarga bahagia tinggal dirumah ini. Kebetulan waktu itu Bulan Ramadhan. Aku dan adek-adek pun turut berpuasa. Sementara menunggu waktu berbuka kami bermain-main disekitar rumah. Kami pergi ke kedai sederet yang juga diperbuat daripada papan yang terletak tidak jauh daripada rumah kami.


Waktu sungkai pun tiba. Apa lagi aku dengan adek-adek ku sebaik saja Azan Magrib kedengaran daripada Surau yang berdekatan dengan kedai papan sederet itu, terus saja membaham makanan dan minuman yang disediakan oleh emak. Kami makan dan minum sepuas-puasnya dan akibatnya selesai saja sungkai, kami terbaring kesakitan perut. Emak pun berkata, ‘Itulah kalau makan jangan kalangkabut, pelan-pelan itu yang bikin sakit perut.’


Hari Raya di sambut dengan sederhana sahaja oleh keluarga kami. Tiada baju baru atau kasut baru atau langsir baru. Bapa pun tidak membuat biskut Raya, mungkin juga kerana keadaan rumah yang sempit itu tidak membolehkannya berbuat demikian. Yang ada hanyalah sedikit makanan yang disediakan oleh emak dan bermain lilin yang dinyalakan semasa malam takbir Hari Raya. Namun begitu, kami adek-beradek sangat gembira kerana dapat bermain bersama-sama. Bagi kami, baju baru atau kasut baru atau langsir baru bukan perkara penting. Yang penting kami bebas bermain adek beradek dan kawan-kawan. Begitu juga bagi kawan-kawan kami yang lain. Mereka juga tidak ambil pusing tentang pakaian atau perhiasan rumah. Mandi di sungai yang berhampiran, merayau-rayau dikebun buah-buahan dan bermain gasing atau melastik burung adalah lebih seronok bagi mereka.


Gasing mereka buat sendiri menggunakan kayu biabas atau dikenali juga sebagai jambu batu manakala talinya dibuat daripada kulit kayu ‘lamba’. Ranting kayu ‘ lamba’ (lumber?) sebesar lengan bayi akan dikupas kulitnya, kemudian diketuk untuk melembutkan dan mengasingkan kulit arinya. Setelah itu kulit yang telah diketuk menjadi lembut akan dipintal menjadi tali. Tali ini kami gunakan untuk memutarkan gasing. Kami suka main gasing pangkah. Kadangkala kami akan meletakkan paku di "pantat" gasing agar ia dapat memecahkan gasing lawan.

14 comments:

  1. bandau 1962.. WOW! sya belum lahir lagi.. tahun 74 baru sya lahir.. hehe

    ReplyDelete
  2. he he he auntie ni tua sudah - boleh masuk muzium - anak auntie yang sulung lahir tahun 1974 sudah ada anak 3. Ooops salah kita lahir tahun yang sama cuma tebalik ko 74 auntie 47 he he he. ngam kan?

    ReplyDelete
  3. Suka baca post aragangTandik ni. Banyak info yang sia nda tahu atau lupa.Oh ya, almarhum bapa Aragang ni bukan calang-calang orangnya. Di Tandik, masa saya kecil2 dulu, memang figura Arwah, saya kurang ingat - baju Melayu barangkali tapi Arwah selalu pakai serba putih dan mengayuh basikal bersembahyang di masjid Tandik tiap2 Hari Jumaat. Pendekata, walaupun masi kanak2 masa tu, sia tau arwah orangnya alim. Betulkan...

    ReplyDelete
  4. Aragang tandek... saya sebaya pula dgn anak sulung ko... hehehe... waduh..waduh... bonda saya lahir thn 1943... adeh! tapi saya suka cerita kamurang dulu2... bonda saya selalu cerita pasal perang jepun dulu. siuk jg oo..

    Bagus ko tulis satu buku mengisahkan pengalaman ko ni...
    tulis lagi banyak2 aa...

    ReplyDelete
  5. aku membaca blog ini membuat aku bertambah rindu tanah kelahiranku...aku lahir tahun 1964...kira ampit juga merasa suasana spt yg dilalui oleh sis ...teruskan buat entry yg menarik ni.....huhuhu tunggu pencen kot baru boleh balik kk ni...tambah2 lagi 3 puteriku yg sedang meningkat remaja lebih selesa tinggal di kk...aku pula merantau di selatan semenanjung untuk mencari rezeki...

    ReplyDelete
  6. sia pun cukup kanal arwah bapa aragang tandik..biarpun masa itu sia masih budak2 ingusan lagi..kebetulan bapa sia ni urang kuat USNO..salalu juga sia ikut bapa pigi majlis perjumpaan parti..naik karabau sija tu pigi sana rumah hj.madinah..

    ohhh ya..kalu inda silap aragang tandik parnah pigi rumah si somoto bah kan? time anak dia kawin..kalu inda silap aragang tandik sibuk memotong daging di dapur..sia pula sibuk sorita sama kominan2...time itu juga sia sama arwah pakcik makibin sama2 main gong(kali TERAKHIR juga sia jumpa dia)...siou kalu sia silap urang..

    ReplyDelete
  7. Yang saya pula lahir 1979..mimang indada tahu menahu langsung pasal 1962 ni.Tapi saya suka mengetahui peristiwa2 lalu sambil membayangkan diri ada ketika itu..
    Yuuu..imaginasi jangan main2 ahh.melewati zaman itu..hehe.
    Teruskan menulis AragangTandik(Silap2 macam makcik aku ba ko ni kalau bukan sepupu). Sya uda email no hp sya tu.Cuba2 ko check email.

    ReplyDelete
  8. Hai, semua terima kasih baca blog saya - nanti ada masa saya tulis lagi. Memang hampir semua di Tandek dan juga Bandau ada kaitan sama kami - kaitan keluarga - oleh terlalu ramai ada yang aku sudah lupa - maklumlah umurpun menaik nda pandai menurun he he he. Pandangan kadang2 kabur2. Sekali lagi Terima kasih. Kita jumpa lagi nanti.

    ReplyDelete
  9. sepa juga gia nie AragangTandik? sya agak2 anak arwah Kee Jalil kan tapi sepa namanya? -:)

    ReplyDelete
  10. pa mcm lah keadaan Tandek pada tahun 1962? sedangkan saya sampai di KM pada tahun 1978 punyalah daif sbb jalanraya belum bertar lagi, kalau pigi kedai siok2 smart dan rambut berkilat bila sampai di kedai habis kena abuk, faham2lah masa itu naik kerita pick up saja -:), lepas tu sya kerja dan kena tukar di pitas 1982 tapi tidak bertahan lama sebab keadaan pitas yang serba kekurangan tidak sesuai untuk orang bujang dan kalau ke pitas pun pada masa tu terpaksa bersambung kerita dari tandek baru ke pitas kadang2 sya terlepas pigi kerja ke pitas disebabkan tiada kerita

    ReplyDelete
  11. cerita lagi zaman bapa waktu aku saja sama si L kah? aku juga mau baca cerita pasal mama arr. hehehe.

    ReplyDelete
  12. aik.. silap tu ejaan komen aku di atas, "waktu KAU saja sama si L" baitu baru ngam.

    ReplyDelete
  13. Heheheee..Aiso..Aiso, sempat jugak buat lawak aahh.. Kak AragangTandik, mau dipiat ba telinga c Aiso ni.Obongol babanar.;)

    ReplyDelete
  14. nah Aragang Tandek ko layak sdh tu dapat bantuan BOT (Bantuan Orang Tua) RM300.00 setiap bulan -:)

    ReplyDelete