Friday, February 13, 2009

BANDAU PT.II - 1962

BERJALAN KAKI KE TANDEK - mari kita sambung cerita ......

Pagi itu mak sebok di dapur menyediakan makanan untuk dibekalkan kepada kami tiga beradek. Aku ditemani oleh dua orang adek-adek lelakiku akan pergi kerumah babu Rukina di Tandek yang kira-kira 10 batu jauhnya daripada Bandau. Kami membawa beberapa helai pakaian kerana kami akan tinggal bersama babu untuk beberapa hari.
Setelah siap bersarapan, kami tiga beradek pun memulakan perjalanan menuju ke Tandek. Pada masa ini tiada kenderaan awam malahan basikal pun susah diperolehi. Sambil membimbit bakul yang penuh berisi mee goring, kueh jemput-jemput pisang, telur rebus, nasi putih dan ikan goring, air serta kopi O, kami berjalan santai mengikuti lorong pejalan kaki yang terjadi akibat bekas tapak-tapak kaki orang.
Jalan raya merupakan jalan yang terbuat daripada tanah yang penuh rumput kecuali laluan pejalan kaki yang licin tidak berumput kerana rumputnya mati dipijak orang. Disiring jalan pula ditumbuhi oleh pokok-pokok besar dan tinggi-tinggi. Ini membuat keadaan dijalan sentiasa redup walaupun hari telah mula meninggi di atas kepala.
Aku, Si L dan Si Din memilih satu pokok yang besarnya hampir tiga pemelok orang dewasa yang tumbuh ditepi jalan itu untuk berhenti berehat dan makan bekalan yang dibawa. Selesai makan kami berehat-rehat dibawah pokok itu sebelum meneruskan perjalanan.

Seperti lazimnya budak-budak, diperjalanan itu kami singgah bermain dan menyiut berudu dan anak-anak katak yang berenang-renang di dalam parit disiring jalan. Sepanjang perjalanan dari Bandau hinggalah kami tiba di perkarangan rumah babu kami di Tandek tidak sekali pun kami berjumpa walau seorangpun sama ada berjalan kaki atau menunggang kerbau. Ini menunjukkan betapa sunyinya keadaan kampung ketika itu. Menunggang kerbau pula adalah suatu cara pengangkutan yang popular pada masa itu. Kami tiba dirumah babu ketika hari telah senja. Sinar matahari yang berwarna perang keemasan kelihatan memancar dikaki langit. Burung-burung terbang di awan bertentuk V menuju kesarang.
Babu baru sampai dari sawah. Kain sarungnya basah dan berlumpur. Kami adek beradik sangat sayangkan babu kami ini kerana dia sangat memanjakan kami. Dengan girang babu menyuruh kami naik kerumah sementara dia pergi ke sungai berhampiran rumahnya untuk mandi. Peluang untuk mandi di sungai tidak kami lepaskan. Setelah menyimpan barang bawaan kami pun terus kesungai untuk sama-sama mandi dengan babu. Selang beberapa hari kami pulang semula ke Bandau dengan berjalan kaki juga.

8 comments:

  1. Saya boleh rasakan betapa jauhnya jaan kaki dari bandau pigi tandek..
    Saya pun pernah jalan kaki bo dari SMK.Tandek pulang Kg.Salimandut. Ngam2 masa tu saya ada latihan badminton untuk Pertandingan Peringkat Pantai Barat Utara(PBU).Terpaksa jalan kaki pulang. Punya penat.Satu orang lagi tu saya jalan kaki..Sampai lagi di rumah nga notowunan nopo habuk.Bulu mata semua pun bo kakaras lah ada habuk..heheheee

    ReplyDelete
  2. he he he bukan saja bulu mata, rambut pun karas, kuning lagi kana habuk. Tapi waktu ni tiada habuk di jalan sebab jalanraya dia ada rumput dan apakan lagi kerita, satu urang pun kami nda ada jumpa waktu kami bejalan tu.

    ReplyDelete
  3. aku nda pernah jalan kaki dari bandau sampai tandik sehinggalah pada waktu banjir besar 1994. waktu aku mau pulang kampung stranded d pekan kota marudu pasal dalam betul air. pekan goshen pun dalam. malam itu aku bermalam di rumah si otok. keesokan harinya aku pun pulang jalan kaki dalam banjir. aku sampai dirumah jam 8 malam o hehehe. terus mama marah aku pasal dorang semua mau pindah, aku pula datang pi situ hehehe.

    ReplyDelete
  4. makin banyak aku baca nostalgia kamurang-makin rindu aku sama zaman kecil2 aku....aiseh...tua suda aku rupanya...

    ReplyDelete
  5. beliau sya lahir 1939 masa mula2 jipun manyarang... mama sya lahir tahun 1941 masa jipun menyerah kalah.. hahaha... banyak jg kisah urg jipun bapa kongsi dulu2...

    beberapa tahun lepas, sya berjalan kaki balik rumah dari bandau ke tingkalanon gara2 kemalaman teda kereta dari KK naik teksi sapu... jauh jg laaa.. hehe

    ReplyDelete
  6. lama2 jadi skrip filem la ni....

    hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Hai azirulcarl - bah ko kan ada kepandaian - buli ba kalu ko. he he he

    ReplyDelete
  8. Hai LM bagus juga kongsi pengalaman beliau ko musim jipun bah - mama bapa ku pun banyak cerita pasal jipun he he he - bah kah Illie - ko jan marah ke. Hai Furen - kongsilah pengalaman ko. Kemarin aku ada pigi Damai - pigi rumah adikku disana.

    ReplyDelete