Thursday, February 5, 2009

Panaaaat - Penat

Ui penat betul aku hari ni. Pagi-pagi aku membasuh baju, lepas tu bawa faiz pigi hospital. Dari hospital pigi SEB bayar bil-bil. Lepas bayar bil-bil pigi Post Office di Damai - renew driving licence. Eh eh eh rupa-rupanya lesen memandu ku sudah expired bulan sembilan lagi tahun lalu, mak! nasib baik nda kena tahan polis tau kalau nda sia-sia aku kena denda.

Tadi pagi masa aku membasuh pakaian, dompetku terjatuh kedalam baldi yang penuh berisi air, nah kan - habis basah semua benda yang ada didalam dompet, duit, kad-kad (Name card kawan-kawan) he he he aku nda ada 'kredit kad'. Bila aku berenti kerja aku kasi pulang kad kredit majikan - buduh betul kan. Apa salahnya aku sambung saja bayar yurannya - tapi nda juga aku menyesal bah, nanti kalau ada kad aku belanja nanti nda tentu pasal, sudahlah nda ada kerja. Hey kawan, kalau ada kerja kosong, kasilah bah sama aku - janganlah yang berat-berat pula, angkat batu bata kah, turap jalan kah - itu nda payahlah. Kerja yang senang-senang, bikin kopi di pejabat kah - something like that he he he.

Hairan kamu kenapa dompet boleh terjatuh dalam baldi? Nah aku tu baru membeli 'gas' memasak, lepas bayar aku sisip dompetku di dalam baju. Bila aku membongkok mau membilas kain (baju yang pakai jalan2 aku nda basuh di mesin, takut rosak) cemplung, terjatuh dompet dalam baldi.

Semua benda dalam dompet yang basah tu aku jemur dengan meletakkannya di atas meja, meja komputer, sambil lagi tengok blog, he he he. Bila dd si faiz pulang dia nampak terus dia cakap, nah kenapa tu basah? Apa ko rasa Oren? - kureng asam betul. Dia pun tengok-tengoklah benda-benda yang tersadai di meja, tiba-tiba dia bilang ' ai ko punya lesen ni expired bah. Nasib baik ko nda di tahan polis. Nah, itulah aku kelangkabut renew tu lesen. Baru ramai lagi urang di Post Office Damai tu. Tapi aku sabar je tunggu giliranku. Nasib baik juga dd si faiz yang bawa kereta, tunggu aku, maklumlah nda ada 'parking'. Sudahlah aku rasa macam mau teken......cing. Ah tahan dulu. Cuba! kamu tengok lesen memandu kamu masih valid kah nda? Aik baru aku perasan salah tempat pula aku posting ni. Ah nda apa lah bah kan.

14 comments:

  1. hahahahh... sooo lucky. aku pun pernah lupa reneww tu. tapi roadtax nda pernah lupa pasal expire every 31 aogos, birthday msia.

    ReplyDelete
  2. hehee...lucu pula.
    Lain ceta dgn sya pula.5 tahun jadi pemandu haram.Ada roadblock pun selalu ka 'terlepas'. Tapi sekarang ni ada lesen P uda bo.. takut nti klu xcden or kena block oeh JPJ naah.. mampus bo..

    ReplyDelete
  3. Ia ba, bagus lagi P = Professional daripada nda ada lesen kan. Lama-lama ok juga tu. Husband aku sempat lagi mengolok sama aku - dia bilang kalu ko ditangkap polis ko kelentong saja bah ko kan pandai kelentong. jaat butul.

    ReplyDelete
  4. aikkk bila kita buli jumpa aaaa ?

    ReplyDelete
  5. Salam Nazri - ada aku kasi tau si Faizal Saidi - suruh dia kontek ko. Sudahkah dia kontek ko - kalu nda pun ko minta no tel aku sama si Otok (Maidin) hantar sms sama aku, boleh kah?

    ReplyDelete
  6. jadi selama ini kak aragang...memandu pakai lesen mati lah..hehehe

    ReplyDelete
  7. Hi Illie, ya - apa kabar ko sana jipun? Bah harap2 satu hari kita jumpa - buli cerita2.

    ReplyDelete
  8. sia sihat2 juga ni..cuma kabalakangan talampau sibuk dengan karja....ya sia pun harap2 1 hari nanti bulih jumpa sama kak aragang...jangan lupa posting entri baru ah...jadi katagih suda sia ni baca blog urang..blog sendiri inda bulih urus..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Biasa la ba klu ko tu, nearly everything kucar kacir. Risau ja aku, one of these days, ko masuk kreta & ask yourself "where's the steering?" ha!ha!ha!

    ReplyDelete
  10. aibo aragang tandik...kakatuk ong amu noh okito ot steering kurita..hahahaha

    ReplyDelete
  11. hA HA HA NOIALAAN KU NO ISI KO FAIRY. ha ha ha - kakatuk ka - babanar juga bilang si Illie tu - aik nokoirak oku ih sorita nu Illie - mimang eh unkol Juali kee dadarakan ko kumik. he he he .

    ReplyDelete
  12. bah ini pengalaman saya mahu dikongsi bersama, saya pernah jalan bersama dengan kawan saya nie tiba-tiba kami disekat JPJ, apa lagi kawan saya tu tia kelam kabut suruh saya tukar jadi pemandu, bila saya tanya kenapa dia cakap tiada lesen memandu -:)pegawai JPJ tersebut terus juga mau mengeluarkan saman tapi saya merayu2 sebab kawan saya tu saya ckp seorang peguam dan pernah jadi magistret dan nasib baik pegawai JPJ tersebut berlembut dia bagi amaran saja, apa lah dalam hati saya seorang peguam tiada lesen memandu!?

    ReplyDelete
  13. Itulah pentingnya saling ingat-mengingati. Lagi.. Ada juga hikmah dumpet nolohooo...

    ReplyDelete