Tuesday, February 17, 2009

Singah di Sulap Piandaman

Hari Ahad lalu (15 Feb 2009) Aku, Yus, Sly dan Onot, pulang ke Tandek. Kami bertolak dengan kereta MyV si Yus dari KK pukul 9.30 pagi dan tiba di Kota Marudu lebih kurang pukul 12.30 t.hari. Kami singgah minum sebentar di Restauran Seri Menanti dan meneruskan perjalanan ke Tandek. Si Janah buat kenduri Arwah. Kami seterusnya berangkat dan singgah dirumah Babu Jaunah di Ongkilan. Kebetulan masa tu ada dua orang tukang sedang membaiki rumah babu. Kami pun berbual-bual kosong. Aku tanya babu kalau rumahnya dinaiki air banjir yang lalu, kerana diubahsuainya ruang bawah rumahnya dengan mendirikan dinding simen mengelilingi anjung rumah. Cerita punya cerita fasal banjir, salah seorang tukang tu pun bercerita mengenai pengalamannya suatu waktu dulu dia terkandas di Sungai Rakit. Katanya dia takut hendak menyeberangi Sungai Rakit itu kerana jembatan di sungai Rakit telah ditenggelami air. Tambahan lagi sungai itu ada buaya.
Selang beberapa ketika maka tibalah seorang yang berbasikal hendak menyeberang Sungai Rakit. Lalu mereka pun menyeberangi sungai dengan membuat basikal itu sebagai penghadang dan di letakkan disebelah sisi kanan kerana kononnya Buaya hanya menyerang ketika hendak mudik kehulu sungai dan tidak sebaliknya walahhualam.
Dari rumah babu kami singgah di Sulap Piandaman - wah aku sukaaaak betul ni sulap tau. Sempat lagi kami minum-minum kupi. Macam aku pun mau juga bikin sulap lah he he he. Bah Not cuba bah ko kasi load dulu gambar yang ko ambil tu.

2 comments:

  1. Aragang tandek, cuba ba ko cerita macam mana orang dulu2 berubat bila sakit. tahun2 1960an - 1970-an khususnya. Ada rumah sakit sudah ka sekitar tandek dan bandau masa tu? siuk la cara ko becerita... tu la... amu otoyou ba kalau org berpengalaman yg bercerita. saya kalau buleh mo masuk dalam era 1960an-1970an merasai sendiri keadaan di masa itu.

    ReplyDelete
  2. hai Surinit, Dispensary Tandek sudah wujud sebelum perang lagi tau. Nantilah aku suruh si Aragang Tandik cerita.

    ReplyDelete