Tuesday, March 31, 2009

BELIAJUNG ESTATE PT.2

Ini cerita pasal aku pigi Beliajung - laaaamaaa dulu waktu aku masih sekolah rendah di Tandek.
Aku pun nda ingat siapa-siap yang pigi tapi ramai jugalah - satu rombongan. Yang pasti mama sama bapa ada - bapa Ketua rombongan. Pagi-pagi sampai di Beliajung ada sukan. Sukan rakyat - lumba lari 100 ela, 200 ela, lari dalam karung, lari bawa telur dalam senduk, lari sambil cucuk benang pada jarum dan macam-macam sukan padang. Tapi paling paling paling aku ingat - he he he aku ikut sukan pancing botol. Apa? kamu nda pernah dengar - sukan pancing botol?

Benang diikat pada penghujung ranting kayu. Kemudian dihujung benang diikat pula dengan paku sebagai ganti mata kail. Sambil memegang ranting yang diikat benang tu kira 70 ela dari botol-botol leminit yang disusun bejijir kami sebaris berlari menuju botol-botol tadi lalu cuba memasukkan mata kail (paku) kedalam botol.

Waktu kami cuba memancing botol tu penonton-penonton pun memberi sorakan menyokong peserta kegemaran masing-masing. Adalah satu orang ni dia mau sangat pesertanya menang. Dia pun bilang boleh gulung benang tu di jaoran (ranting kayu) - mungkin dia ni pegawai sukan berkenaan. Ini menyenangkan memasukkan paku tadi kedalam mulut botol yang kecil tu sebab bila benang tu pendek, tidaklah paku tadi bergerak kuat sangat.

Apa lagi 'undang-undang' permainan sudah diubah - boleh gulung benang dijaoran asal tidak menyentuh mata kail dengan tangan, maka aku pun pusing-pusing kayu 'jaoran' aku sehingga paku mata kail ku terlekat dikayu jaoran. Lalu dengan senang aku memasukkannya kedalam mulut botol dan perlahan-perlahan memusingkan kayu jaoran arah bertentangan sehingga benang terjuntai. Aku tarik dan tergantunglah botol tadi dipenghujung tali benang. Aku pun berlari menuju ke garis penamat. Akulah orang pertama sampai digaris penamat. Malangnya aku 'disqualified' tetapi aku bilang nda patut sebab tadi di padang diaorang bilang boleh gulung tali pancing dikayu jaoran, asalkan tidak disentuh dengan tangan. Aku mana ada sentuh mata kail dengan tangan.

Acara tidak terhenti disitu. Malamnya ada pula pertunjukan pentas. Nyanyian dan tarian dipersembahkan oleh wakil dari rombongan kami dan dibalas oleh wakil 'tuan rumah' Beliajung.
Ramailah orang dalam Dewan malam tu menonton persembahan dari kami dan juga dari Beliajung. Yang melekat diingatanku sehingga kini ialah nyanyian oleh seorang gadis remaja yang cantik bagai artis Hindustan - Cik Jamnah. Dia menyanyikan lagu bertajuk "Hitam Manis" - ".......... Hitaaaam maaaanis, hitam manis, yang hitam manis, pandang tak jeeeemu, paaandang tak jemu, yang hitam manis.........". Bersorakan penonton dididalam Dewan terutama sang teruna-teruna, teruja dengan persembahan si-cantek manis yang berkulit 'hitam manis'. Beliajung oh Beliajung hanya tinggal dalam kenangan.

6 comments:

  1. Best betul kenangan kakak ni :D

    ReplyDelete
  2. lama sdh tidak dengar perkataan nie "bejijir", siok baca tulisan org2 lama nie, berpengalaman bah dan matang LoL

    ReplyDelete
  3. Cherry, Srixon - TQ lawat blog akak. He he he sengaja bah kak guna perkataan2 yang lama-lama ni supaya nda hilang - identiti kita tapi itupun banyak sudah perkataan2 yang dulu2 biasa diguna nda sudah diguna.

    ReplyDelete
  4. halo mba ,,, thx sudah mampir :), ayo kita sama2 saling mempelajari :), hehe saya juga tidak fasih berbahasa melayu, tapi masih terus belajar :)

    ReplyDelete
  5. hitam maaanis... hitam manis...

    siuknya... ingat pula auntie sia selalu nyanyi lagu ni masa dia muda2 belia dulu2...

    Aragang tandek... sayang mama sia sudah balik kg. kalau inda sia mau jg tunjuk gambar ko sama dia sama ada dia kanal ko ka inda... tp nama mama dgn bapa ko sia biasa dengar org tua sia sebut2 juga...

    ReplyDelete
  6. Aik siapa tu mama ko? Jangn2 sia kenal tu tau. Bah nanti ada masa kita buli jumpa cerita2 bah kio. Sia baru juga pigi Salimandut 11hb tu ada juga jumpa2 sdra2 yang laaaaammmmmaaa tida jumpa - sia inda suda kanal sebab mo moleeng no gima. he he he youku po nga meeinong eeeh ko moleeng.

    ReplyDelete