Monday, March 16, 2009

LANGKON ESTATE

Gambar bapa berkot warna gelap dan seluar juga berwarna gelap bersama seorang teman waktu menjalani latihan di Australia pada tahun 1966/67

Pada Hari Ahad yang lalu (16 Mac 2009) aku berkesempatan berjumpa salah seorang bekas murid bapa di satu Majlis Kenduri Kahwin kaum kerabat suamiku di Papar. Namanya Mento bin Hassan berasal daripada Langkon. Menurut ceritanya dia mula-mula bersekolah di Bandau dan setelah tamat Darjah VI dia menjadi guru. Pada tahun 1973 dia dihantar pula ke SK Tandek sebagai guru penolong dan alangkah terkejut dan gembiranya dia kerana mendapati pada waktu itu Guru Besar SK Tandek ialah bekas gurunya di Bandau dahulu iaitu bapaku (Allahyarham Hj. Abd. Jalil). Katanya dia sungguh berterima kasih kepada guru-gurunya dan selalu mendoakan mereka setiap kali lepas Sembahyang, kerana katanya tanpa mereka dia tidak mungkin jadi seperti sekarang.

Katanya lagi, dulu (SEBELUM MERDEKA atau Zaman Beritis kata orang kampung) mereka ini tinggal di Tambun, dan ibubapanya kemudian menetap di Langkon dan bekerja di Langkon Estate, sebagai penoreh getah. Tetapi yang menarik perhatianku ialah apabila dia menyatakan bahawa dulu pekerja ladang yang bekerja membersihkan kawasan sekeliling pokok getah diberi upah 45 sen bagi setiap satu pokok getah yang dibersihkan, kemudian diturunkan kepada 40 sen bagi satu pokok.

Sekarang ladang getah ini sudah tiada dan digantikan pula dengan tanaman kelapa sawit. Orang kampung yang dulunya bekerja di ladang getah, bekerja pula di ladang sawit. Tetapi yang menyedihkan, ialah menurut Saudara Mento, pekerja yang membersihkan kawasan sekeliling pokok sawit diberi upah 5 sen bagi setiap satu pokok sawit yang dibersihkan. Cuba bayangkan untuk mendapatkan RM5.00 sehari sesaorang itu terpaksa membersihkan 100 pokok sawit. Dengan kos barang yang mahal berapa sangatlah RM5.00 itu. Walaubagaimanapun keadaan mereka ini seakan-akan tersepit dan tiada pilihan.

Aku bertanya lagi sama ada pekerja ladang getah dahulu itu diberikan tanah tempat mereka bercucuk tanam. Menurutnya mereka diberikan satu kawasan ditepi sungai sebagai tempat mereka berkampung. Aku lupa sudah nama kampung yang dia sebut tu sebab aku ni nda biasa bah pigi kampung di Langkon tu, cuma limpas saja bila mau pulang kampungku di Tandek. Oleh kerana dia ni juga seorang penulis/wartawan pada suatu ketika dahulu, akupun menyuruhnya menulis mengenai penempatan di Langkon ini. Beliau ini pun sudah bersara. Beginilah nasib orang-orang kita.


3 comments:

  1. interesting... life is getting harder atau orang semakin berkira?

    ReplyDelete
  2. ai.. kanapa kaitu 5 sen saja satu pukuk? Cari untung betul ni tuan punya ladang. Ikutkan kos sara hidup dan keperluan semasa, paling kurang pun untuk gaji sehari pekerja ladang RM25-RM28 satu hari.

    ReplyDelete
  3. LM - entahlah ini menurut Sdra Mento, akupun nda tau bah. Tapi kesian juga kan?

    Cherry - Seems like life is getting harder day by day - mungkin juga kerana jurang diantara yang berada dengan yang kurang berada menjadikan menusia yang berada semakin tamak dan mengambil kesempatan keatas mereka yang tiada berdaya itu ATAU mungkin juga kerana harga kelapa sawit ketika ini sangat rendah - RM200 - 300 saja. Tuan punya ladang juga tersepit dengan keadaan harga sawit rendah ini.

    Sebab itu perlu ditekankan kepada R&D - bagi mencari nilai tambah kepada bahan sawit agar permintaannya bertambah. Kerajaan perlu memainkan peranan dalam hal ini.

    ReplyDelete