Thursday, April 16, 2009

Mengaraah

Waktu tu kami baru empat urang adik beradik. Rumah kami dikabun dekat sungai bersebelahan dengan kuburan. Kami tiga urang limpang-limpang ditangah-tangah rumah, sakit. Adik ku yang numbur ampat tu dalam buaian.

Rumah kami ni indada bilek. Dibahagian depan ada ruang seakan-akan 'pelantaran' - basar jugalah. Disinilah urang duduk kalau datang kerumah kami. Disini juga ada satu kisaran padi yang terbuat daripada kayu. Lain-lain peralatan bertani juga ada disimpan disini seperti 'radu'.

Aku ingat ada juga 'dispensary' tapi tiada doktor. Ubat pun kurang. Menurut cerita bapaku peranah 'deressa' (dresser) yang menjaga rumah sakit Tandik itu kehabisan ubat batuk. Bila ada urang minta ubat batuk dia kasi kupi yang ditaruh didalam botol ubat batuk. he he he. Mungkin juga kerana percaya, baik pula tu urang yang minum ubat batuk kupi.

Kami tiga adik beradik tu, inda pula dibawa ke rumah sakit. Mungkin juga susah mau bawa sebab inda ada kenderaan. Cuma ada basikal saja. Lagi pun dirumah sakit tu bukan juga ada ubat.

Si mama pula kalau kami sakit apa lagi dia panggil lah si ado' (nenek), dia suruh ' mengaraah'. Bah, inda juga buli disalahkan si mama kan? sudah kebiasaannya, manja bah si mama tu, sikit-sikit panggil si ado bila kami sakit.

Tapi pandai juga si mama, dia suruh dulu bapa sembelih tu ayam, sambut tu darah dalam mangkuk. Barulah si ado guna tu darah bikin mengeraah. Apa lagi kaki kami habis dipalit sama darah ayam. Nasib baik inda tumbuh kutil, he he he. Indapalah itu, yang penting kami dapat makan sup ayam. Ayam kampung lagi tu, sedaaap.

Mula-mula si bapa kasi biar saja si mama. Lama-lama pelan-pelan dia inda sudah suruh si mama panggil si ado 'mengeraah'. Nantilah aku cerita pasal kami kena cacar pula.

10 comments:

  1. mangara'ah tu kan mengingatkan sia kpd mendiang nenek sia dulu2... hehehehe... ada2 saja...

    ReplyDelete
  2. mangaraa pomogunan lagi bagus..1 kampung tu antar ayam..apa lagi kami budak2 mimang enjoy lah..kanyang makan ayam..hahaha

    ReplyDelete
  3. Aik, masih lagi kah urang mengraa tu sikarang?
    Tks for visiting ini bolog sia.

    ReplyDelete
  4. kalau mangaraah guna ayam kampung best juga. kalau sekarang lagi tu aku suruh putung ayam banyak2! lepas tu pesta makan ayam kamung po nono! cuba kalau guna babi!

    ReplyDelete
  5. wah, untuk gak bintik2 karena pake darah ayam heuheuheu, tapi gak apa2 ya , yang penting bisa makan enak :) ...

    ReplyDelete
  6. eh teori tanah pokok bagus juga lho :D, terima kasih nih sarannya :)

    ReplyDelete
  7. Hello Aragang,

    Thanks for visiting my Blog and left a comment.
    So sorry to hear that you're hurt. I don't think I am responsible for that...I don't recall using harsh words with you or anybody I know, please let me know if I unwillingly did so...please.

    Love
    Fernanda

    ReplyDelete
  8. Hi Fernanda, Definitely it is not you. You've always been very nice. No personal attack coming from you. - We discuss issues and not something personal.

    Hugs from Malaysia

    ReplyDelete
  9. apapun nostalgia tetap ada indahnya

    ReplyDelete
  10. kupi ubat batuk.. hahahaa,, lucunya..

    ReplyDelete